Thursday 3 May 2012

nurses vs ICT, sejauh manakah keberkesanan dalam perkhidmatan

Jururawat adalah profesyen yang mengabungkan antara ‘SENI’ dan ‘SAINS’ yang membantu individu dalam mempelajari penjagaan diri sendiri pada bila-bila masa serta membantu yang lain apabila mereka tidak berdaya memenuhi keperluan serta aktiviti penjagaan diri sendiri. Selain itu, profesyen kejururawatan juga mempromosikan kesihatan dan membantu pesakit mencapai tahap kesihatan yang lebih baik serta membantu pesakit tenat mengekalkan kesejahteraan sehingga akhir hayat mereka.

Kerjaya kejururawatan merupakan kerjaya yang dinamik dan sentiasa berkembang seiring dengan kemajuan teknologi terkini dalam bidang perubatan dan perawatan bagi memenuhi keperluan dan kehendak dunia perubatan semasa. Justeru itu, kerjaya kejururawatan di Malaysia sentiasa menerima perubahan, penambahbaikan dan peningkatan dalam pembangunan kerjaya seiring dengan era globalisasi ke arah mencapai matlamat untuk menjadi sebuah Negara maju menjelang 2020.

Sehubungan itu, ia telah memberi peluang perkembangan kerjaya ke peringkat yang lebih tinggi bagi menjamin kehidupan dan kepuasan diri. Selaras dengan itu, anjakan paradigma terhadap kerjaya kejururawatan telah dapat dilihat di mana taraf kerjaya jururawat telah dipertingkatkan dari skim perkhidmatan di dalam kumpulan sokongan melalui pewujudan skim perkhidmatan yang dikenali sebagai Skim Perkhidmatan Bersepadu.

Peranan jururawat secara umumnya merangkumi aktiviti penjagaan kesihatan primer, sekunder dan tertiar. Bagi aktiviti penjagaan kesihatan primer, meliputi aktiviti-aktiviti promosi kesihatan, pencegahan dan pengawalan penyakit, jagaan perawatan dan rehabilitasi. Manakala bagi penjagaan kesihatan sekunder dan tertiar pula ia melibatkan aktiviti-aktiviti penjagaan kesihatan di hospital-hospital. Selaras dengan tugas jagaan perawatan secara holistik tersebut, jururawat perlu memantau keadaan pesakit dari semasa ke semasa, mendokumenkan rekod kemajuan perawatan serta membuat tindakan sewajarnya dan melaporkan keadaan luar biasa kepada pihak yang bertanggung jawab.

Memandangkan jururawat merupakan tenaga kerja terbesar serta memainkan peranan penting dalam perkhidmatan kesihatan negara maka, tenaga kerja jururawat memerlukan pasukan professional yang dinamik dan responsif terhadap dasar kesihatan negara, keperluan pelanggan dan persekitaran yang sentiasa berubah. Setiap jururawat mampu memberi perkhidmatan kepakaran kejururawatan menerusi amalan budaya penyayang, kerja berpasukan, efisien, efektif dan profesional, seiring dengan teknologi terkini yang bersesuaian ke arah peningkatan kehidupan yang berkualiti

7 comments:

  1. Assalamualaikum..
    Memang tidak dapat dinafikan jururawat mempunyai banyak peranan dalam menjaga kesihatan masyarakat.Tanpa mereka sesebuah institusi itu tidak mungkin dapat berfungsi dengan baik.Oleh itu, jururawat perlulah menambah ilmu pengetahuan mereka berkaitan ICT kerana dengan ini kita boleh melahirkan jururawat yang lebih professional bagi mencapai status negara maju pada 2020 seperti yang dinyatakan.

    NURUL FATIHAH BT SALAH HUDDIN(A127495)

    ReplyDelete
  2. Salam.
    Pada pendapat saya, kerjaya jururawat harus selari dengan era perkembangan teknologi pada masa kini.Dalam hal ini, jururawat harus memainkan peranan dalam usaha memajukan diri ke arah memperkembangkan ilmu berkaitan teknologi yang melibatkan sistem pengurusan perubatan di hospital. Bebanan kerja yang semakin berat dan mencabar semestinya memerlukan teknologi yang memudahkan urusan pesakit. Penggunaan teknologi juga menjimatkan masa dan tenaga khususnya buat jururawat yang sentiasa berada di samping para pesakit.

    NUR MUNIRAH BINTI OTHMAN (A127319)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum
    Pada pandangan saya setiap jururawat perlu mnegikuti perkembangan semasa ICT. Ini penting untuk memudahkan kerja serta memajukan diri sendiri. Kebanyakan hospital sekarang lebih banyak menggunakan ICT untuk mempercepatkan kerja dan untuk mencapai wawasan negara 2020. Dengan bantuan teknologi kerja akan menjadi lebih efektif, sistematik dan berkesan.

    NUR SYAHIRAH ZAMAURI
    (A130608)

    ReplyDelete
  4. Seseorang jururawat dapat merangka perawatan yang berkesan dan berterusan bagi membawa perubahan dinamik dalam penjagaan dan perawatan pesakit. Kelebihan internet secara berterusan dapat membantu jururawat dalam melancarkan proses jagarawatan pesakit melalui pelbagai perkara contohnya dari segi perawatan,ubat-ubatan,penjagaan rawatan pesakit dirumah,rawatan susulan,keselamatan pesakit di wad dan dirumah.Dengan adanya internet berterusan di dalam bidang kejururawatan ini dapat meningkatkan pendidikan jururawat dalam memberi perkhidmatan terbaik bagi pesakit-pesakit.

    ReplyDelete
  5. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam bidang kesihatan amatlah penting sebagai medium dalam memberikan perkhidmatan jagaan kesihatan kepada pesakit, khasnya dan rakyat di Malaysia, umumnya. Penggunaan ICT juga dapat mempercepatkan proses kerja serta mampu membina satu standard kualiti yang terkawal dan secara tidak langsung ICT adalah sebagai alat pemangkin di dalam jagarawatan yang berkesan sejajar dengan Visi Jururawat iaitu:
    “Malaysia akan wujud sebagai sebuah negara yang terdiri daripada individu, keluarga dan masyarakat yang sihat melalui sistem kesihatan yang adil dan saksama, cekap, mampu disedia dan diperoleh, berteknologi dan sesuai dengan persekitaran.
    Sistem ini juga akan mengutamakan kualiti, inovasi, promosi kesihatan, hormat kepada kemuliaan insan dan penyertaan masyarakat bagi meningkatkan mutu kehidupan.”

    NOR RINA MAHAWAR (A 134817)

    ReplyDelete
  6. Penggunaan ICT meluas dapat membantu melancarkan rutin tugasan harian dalam melakukan proses jagarawatan kepada pesakit dengan memudahkan pencarian dan penyimpanan maklumat atau data yang membabitkan rawatan perisian repot perawatan pesakit dan semua data mengenai bidang perubatan dapat diperolehi dengan mudah dan tepat.

    ReplyDelete
  7. saya setuju dengan kenyataan diatas bahawa pengunaan ICT dan teknologi dapat membantu dalam perawatan.

    ReplyDelete